Ini merupakan senarai modul yang harus dikompetenkan oleh semua pelajar-pelajar bidang Baking & Pastry di KVKK ini. Kami belajar di sini selama 4 tahun dan setiap tahun ada 2 semester yang perlu kami lalui.
Sabtu, 29 Jun 2013
Info Kolej Vokasional Kuala Kangsar
Falsafah Kolej Vokasional Kuala Kangsar
Kolej berupaya melahirkan pelajar berkualiti dan cemerlang dalam pelbagai bidang.
Visi Kolej
Kolej Vokasional Kuala Kangsar akan menjadi sebuah Kolej Cemerlang menjelang tahun 2015.
Misi Kolej
Kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan
- Memperkasa kepimpinan pengurusan kolej
- Mengamalkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan pensyarah dan staf sokongan
- Meningkatkan budaya belajar cemerlang dalam kalangan pelajar
- Memastikan prasarana kolej lengkap,berfungsi dan kondusif
- Mengeratkan hubungan dengan komuniti
Kolej Vokasional Kuala Kangsar (KVKK) menawarkan 4 jabatan utama iaitu:
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Electric Technology (ET)
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
- Automotive Technology (AT)
Jabatan Perniagaan
- Business Management (BM)
Jabatan Hospitaliti
- Baking & Pastry (BP)
- Culinary Arts (CA)
- Child Service (CS)
- Cosmetology (CT)
- Fashion & Dressmaking (FD)
Kursus Aliran Kemahiran (SKM)
Pelajar aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh industri. Aliran kemahiran yang ditawarkan ialah:
- Jurukimpal Arka Logam Berperisai (JK)
- Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Domestik (MPPU)
- Pembuat Pakaian Wanita (PPW)
- Jurukerja Paip (JP)
- Juruteknik Rendah Elektronik Industri Peralatan (JTEI)
- Jurubina Bangunan (JB)
- Pemesin Am (PA)
Pengenalan Kolej Vokasional Kuala Kangsar
Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar (SMVKK) terletak di Padang Rengas iaitu 12KM daripada Bandar Diraja Kuala Kangsar. Keluasan sekolah ini ialah lebih kurang 21 hektar dan merupakan Sekolah Menengah Vokasional yang terbesar di Negeri Perak.
SMVKK dibuka pada tahun 1989 dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar. Pada tahun 1997,sekolah ini telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar sehingga tahun 2010. Bersesuaian dengan kehendak kerajaan, sekolah ini ditukar dengan namanya Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar mulai tahun 2011. Mulai tahun 2013, Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar dinaik taraf semula dan menjadi Kolej Vokasional Kuala Kangsar untuk merealisasikan Transformasi Pendidikan Vokasional oleh pihak kerajaan.
Logo Kolej Vokasional Kuala Kangsar
Peta Kolej Vokasional Kuala Kangsar
Pembuka Bicara
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua!
Selamat Datang dan Terima Kasih kerana mengunjungi blog kami ini.
Blog ini diwujudkan khas untuk pelajar-pelajar bidang Baking & Pastry di Kolej Vokasional Kuala Kangsar. Juga tidak lupa pada penggemar bidang bakeri ini...
Blog ini akan memaparkan semua kenangan,kisah,cerita suka duka dan pengalaman kami sepanjang di sini... Kami juga akan sertakan resepi-resepi yang kami telah pelajari...
Langgan:
Catatan (Atom)