Sabtu, 29 Jun 2013

Pengenalan Kolej Vokasional Kuala Kangsar

          Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar (SMVKK) terletak di Padang Rengas iaitu 12KM daripada Bandar Diraja Kuala Kangsar. Keluasan sekolah ini ialah lebih kurang 21 hektar dan merupakan Sekolah Menengah Vokasional yang terbesar di Negeri Perak.

          SMVKK dibuka pada tahun 1989 dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar. Pada tahun 1997,sekolah ini telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar sehingga tahun 2010. Bersesuaian dengan kehendak kerajaan, sekolah ini ditukar dengan namanya Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar mulai tahun 2011. Mulai tahun 2013, Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar dinaik taraf semula dan menjadi Kolej Vokasional Kuala Kangsar untuk merealisasikan Transformasi Pendidikan Vokasional oleh pihak kerajaan.
Logo Kolej Vokasional Kuala Kangsar

Peta Kolej Vokasional Kuala Kangsar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan